Sebagai ibubapa, salah satu kemahiran yang mesti dipastikan
ada pada anak-anak mereka ialah kebolehan
membaca. Dan apabila mereka telah boleh membaca, di susuli pula dengan usaha memupuk minat membaca dan terus membaca .
Membaca adalah satu
anugerah Allah. Melalui bacaan, kanak-kanak dapat menimba ilmu pengetahuan,
membina akal yang cerdas dan dapat belajar pelbagai perkara berkaitan dengan
kehidupan sama ada di dalam bentuk pengalaman, cerita mahupun fitrah alam.
Pelbagai cara dan aktiviti boleh dilakukan untuk memupuk
minat membaca kepada kanak-kanak. Adakan
ruang bacaan, bawa mereka ke perpustakaan, berikan buku bacaan yang sesuai dan
menarik, baca buku bersama mereka dan 1001 cara yang lain boleh kita lalukan.
Cuba kita bayangkan atau ingat kembali waktu kita kecil
dahulu ketika baru sahaja boleh membaca. Betapa gembira dan bersemangatnya kita
hendak membaca. Indahnya kita rasakan setiap huruf dan perkataan yang kita
sebut dan ianya tergambar sebagai maklumat di dalam minda ketika itu.
Ya. Minat inilah yang ingin kita pupuk dan terus memberi semangat
kepada mereka untuk membaca dan terus membaca.
Like us @ FB : bahanpembelajaran4kids