Saturday, April 18, 2015

KANAK-KANAK & MEMBACA


Sebagai ibubapa, salah satu kemahiran yang mesti dipastikan ada pada anak-anak mereka ialah kebolehan membaca. Dan apabila mereka telah boleh membaca, di susuli pula dengan usaha memupuk minat membaca dan terus membaca .

Membaca adalah  satu anugerah Allah. Melalui bacaan, kanak-kanak dapat menimba ilmu pengetahuan, membina akal yang cerdas dan dapat belajar pelbagai perkara berkaitan dengan kehidupan sama ada di dalam bentuk pengalaman, cerita mahupun fitrah alam.

Pelbagai cara dan aktiviti boleh dilakukan untuk memupuk minat membaca kepada kanak-kanak.  Adakan ruang bacaan, bawa mereka ke perpustakaan, berikan buku bacaan yang sesuai dan menarik, baca buku bersama mereka dan 1001 cara yang lain boleh kita lalukan.

Cuba kita bayangkan atau ingat kembali waktu kita kecil dahulu ketika baru sahaja boleh membaca. Betapa gembira dan bersemangatnya kita hendak membaca. Indahnya kita rasakan setiap huruf dan perkataan yang kita sebut dan ianya tergambar sebagai maklumat di dalam minda ketika itu.


Ya. Minat inilah yang ingin kita pupuk dan terus memberi semangat kepada mereka untuk membaca dan terus membaca.


Like us @ FB : bahanpembelajaran4kids


No comments:

Post a Comment